fb fb fb fb fb

6 terkorban, 9 cedera van terbabas turun Genting Highlands

BENTONG, 8 Februari - Enam terkorban manakala sembilan lagi cedera selepas van dinaiki mereka terbabas dan melanggang penghadang jalan ketika turun dari Genting Highlands di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands di sini pada kejadian kira-kira pukul 1.15 tengah hari tadi.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, van yang dinaiki seramai 15 orang itu sedang dalam perjalanan turun dari Genting Highlands sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan.

“Seramai enam orang yang terdiri daripada lima perempuan dewasa dan satu lelaki dewasa meninggal dunia manakala mangsa lain mengalami kecederaan.

“Semua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis dan mangsa yang cedera dihantar ke hospital,” katanya di sini hari ini.

Katanya, kesemua mangsa dipercayai warga tempatan dan adalah sekumpulan pelancong dari Kulim, Kedah.

(Anggota bomba mengeluarkan mangsa dalam kejadian kemalangan di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands di Bentong hari ini/FOTO Bomba)

Media Baharu