fb fb fb fb fb

6,500 pelajar IPT dan tingkatan enam di Perlis, terima Peranti Siswa Keluarga Malaysia

PAUH PUTRA, 15 Oktober - Seramai 6,500 pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Perlis termasuk pelajar tingkatan enam bakal menerima pakej Peranti Siswa Keluarga Malaysia.

Daripada jumlah itu 3,000 penerima merupakan pelajar dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Penerima peranti siswa merupakan dalam kalangan pelajar B40 yang bakal menerima sebuah tablet bagi tujuan pembelajaran.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata ia merupakan usaha kerajaan dalam membantu pelajar khususnya pelajar daripada keluarga tidak berkemampuan.

(Shahidan bercakap kepada media selepas
Program Peranti Siswa Keluarga Malaysia yang diadakan di UniMAP, Perlis)

"Mereka yang memerlukan terutamanya pelajar-pelajar (ibu-bapa berpendapan rendah) dan pemberian peranti kepada pelajar pelajar ini untuk membolehkan mereka bertanding sama rata dengan kemudahan ini, Insyallah mereka boleh terus menempa kejayaan," kata Shahidan di sini.

Program pemberian peranti siswa berkenaan akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.

Media Baharu