fb fb fb fb fb

575 kes kebakaran terbuka di Kelantan - JBPM

(Foto BERNAMA)

BACHOK, 3 Mei- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan sebanyak 575 kes kebakaran terbuka membabitkan tanah gambut, ladang, kebun dan sampah bermula Februari sehingga kini.

Pengarah JBPM Kelantan, Zainal Madasin berkata jumlah terbabit tidak termasuk kebakaran kediaman.

Bachok menjadi daerah paling tinggi merekodkan kes kebakaran terbuka, diikuti daerah Pasir Mas.

"JBPM Kelantan menempatkan 50 pegawai dan anggota bertugas dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Pasir Tumboh, Pasir Puteh dan Tok Bali berkampung di lokasi dan operasi pemadaman berlangsung tanpa henti," katanya kepada pemberita di sini.

Zainal berkata kebakaran di tempat pelupusan sampah itu membabitkan 10 hektar.

Pihaknya menjangkakan operasi pemadaman akan selesai dalam tempoh beberapa hari ini bergantung kepada cuaca.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka terutama ketika musim kemarau.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu