fb fb fb fb fb

517,107 kanak-kanak telah didaftar untuk vaksinasi COVID-19

KUALA LUMPUR, 2 Februari - Seramai 517,107 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini telah didaftarkan untuk menerima vaksin Pfizer COVID-19 setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi hantaran di Twitter memaklumkan angka itu merangkumi kira-kira 15 peratus daripada jumlah keseluruhan kohort 3.6 juta kanak-kanak.

"Ia merupakan permulaan yang baik dan Kementerian Kesihatan Putrajaya akan terus menyampaikan maklumat mengenai faedah mendapatkan suntikan vaksinasi,” katanya

Beliau berharap hampir separuh daripada kanak-kanak di Malaysia akan mendapatkan suntikan vaksin menjelang akhir bulan ini.

Pautan bagi tempahan Program Imunisasi COVID-19 untuk Kanak-kanak atau PICKids telah dimuat naik berdasarkan tarikh pendaftaran.

Ibu bapa yang belum menerima pautan akan mendapatkannya tidak lama lagi.

Secara keseluruhan, dianggarkan 4-juta kanak-kanak di seluruh negara layak menerima vaksin COVID-19.

Media Baharu