fb fb fb fb fb

Puting beliung di Ipoh, bilangan rumah rosak meningkat


IPOH, 2 Februari - Jumlah bilangan rumah penduduk terlibat dalam kejadian puting beliung di sekitar Ipoh, Ahad lalu meningkat kepada 305 berbanding 219 buah sebelum ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan bilangan itu bertambah berikutan terdapat lagi penduduk yang membuat laporan di beberapa balai polis di sekitar Ipoh.

Yahaya menjelaskan, setakat ini tiada sebarang kes kecurian di kawasan terlibat dan pihak polis akan melakukan pemantauan rapi.

"Nasihat saya kepada orang ramai terutama mangsa yang mengalami bencana ribut ini tampil ke balai polis yang berhampiran membuat laporan untuk memudahkan mereka membuat tuntutan dan juga bantuan daripada kerajaan," katanya.

Beliau ditemui pada majlis penyampaian sumbangan skuad Musa’adah Keluarga Malaysia kepada penduduk terjejas ribut di Dewan Komuniti Tawas, di sini.

Pada majlis terebut, bantuan tunai RM300 dan kotak makanan bernilai RM100 diberikan kepada setiap keluarga yang terlibat dengan bencana berkenaan.

Penyampaian disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad.

Media Baharu