fb fb fb fb fb

Op Selamat 17: Polis Melaka keluar 4,279 saman


AYER KEROH, 2 Februari - Sebanyak 4,279 saman dikeluarkan polis Melaka sepanjang lima hari Op Selamat 17, bermula 28 Januari sehingga semalam.

Ia melibatkan nilai terkumpul saman melebihi sejuta ringgit.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Superintenden Hasan Basri Yahya berkata perkembangan itu menunjukkan peningkatan 9% berbanding Op Selamat 16 dengan 3,913 saman bagi tempoh sama.

"Purata kenderaan masuk ke negeri Melaka pada setiap hari melebih 42,000. Melalui Op Selamat 17, kami telah melaksanakan 27 operasi dan sebanyak 4,279 saman dikeluarkan, meningkat 366 saman berbanding Op Selamat 16," katanya dalam sidang media di sini.

Mengulas lanjut, Hassan berkata dalam tempoh sama statistik kemalangan sedikit menurun dengan 261 kemalangan berbanding 273 pada Op Selamat sebelumnya.

Media Baharu