fb fb fb fb fb

3 lelaki ditahan disyaki terlibat ajaran Wali Tujuh

FOTO ESSCOM

LAHAD DATU, 2 Februari - Tiga lelaki ditahan Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) selepas disyaki terlibat kumpulan ajaran Wali Tujuh dalam serbuan di sebuah rumah pekerja, di Ladang Bukit Kertam, Kota Kinabatangan, semalam.

Komander ESSCOM, Deputi Komisioner Hamzah Ahmad berkata ketiga-tiga lelaki terbabit tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Beberapa barang peribadi milik seorang daripada individu terbabit iaitu pisau, senjata jenis lastik dan pelbagai jenis tangkal turut dirampas.

"Kumpulan ini mula bergiat aktif sejak tiga bulan lalu dengan membawa ajaran ilmu batin dan kebal serta didapati berkembang dengan pantas.

"Kumpulan ajaran inj juga menarik minat penyertaan pekerja ladang khususnya warga asing di sekitar Lahad Datu dan Kinabatangan," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Risikan awal mendapati, kumpulan itu diketuai seorang guru serta dibantu dua individu dan mempunyai 20 pengikut warga asing.

Media Baharu