JOHOR BAHRU, 2 Januari- Di Johor, seramai 49,980 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menduduki peperiksaan di 376 buah pusat peperiksaaan.
Ia melibatkan 306 buah sekolah di negeri itu.
Exco Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin berkata, 5,335 petugas peperiksaan termasuk ketua pengawas, sukarelawan dan guru ditugaskan bagi mengendalikan peperiksaan SPM di Johor kali ini.
Beliau berkata, perjalanan peperiksaan calon SPM yang terlibat dengan banjir juga tidak terjejas dan diteruskan seperti biasa.
Beliau ditemui semasa Program Lawatan ke SMKA Johor Bahru sempena menyantuni pelajar SPM 2024.