fb fb fb fb fb

475 projek perumahan sakit diselesaikan sepanjang 2024

Timbalan Menteri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Aiman Athirah Sabu / Foto RTM

PUTRAJAYA, 14 Januari 2024 - 475 projek perumahan sakit dan terbengkalai berjaya diselesaikan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sepanjang tahun lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 441 projek telah memperolehi Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan atau Certificate of completion and Compliance (CCC).

Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata menerusi usaha bersepadu Pasukan Petugas Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) mengakui secara keseluruhan TFST menunjukkan pecapaian positif apabila 475 projek yang berjaya ditangani dengan nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM52.67 bilion, 25 projek berstatus lewat kembali lancar dan sembilan projek terbengkalai bengkalai berjaya dipulihkan.

Beliau berkata sejumlah RM52 bilion telah pun berjaya diperoleh daripada nilai GDV projek yang membawa peningkatan sebanyak 30.62 peratus berbanding GDV pada tahun 2023 sebanyak RM39.81 bilion.

Sebanyak 441 projek telah memperolehi CCC bagi tahun 2024, menunjukkan peningkatan sejumlah 11.93 peratus berbanding tahun 2023 adalah pada kadar 394 projek.

Data juga menunjukkan sebanyak 54,420 unit rumah telah pun berjaya memperolehi CCC tahun ini berbanding 39,028 unit rumah pada 2023.

Tambah beliau, TFST akan terus diperkasa dan menjadi platform utama untuk mengenal pasti isu-isu membabitkan projek perumahan swasta.

Ia secara tidak langsung melindungi kepentingan pembeli selaras dengan hasrat kerajaan untuk mencapai sifar projek terbengkalai menjelang 2030.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD