
TAIPING, 15 Oktober -Satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan Matang bagi menempatkan 47 penduduk yang terjejas akibat banjir susulan kejadian ribut yang melanda beberapa kawasan di daerah Larut, Matang dan Selama malam tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan mengenai pendaftaran mangsa banjir.
- Seramai 82 mangsa daripada 46 keluarga berdaftar sebagai mangsa banjir yang tidak berpindah ke PPS.
- Kampung Changkat Baru Matang dan Kampung Teluk Kertam dilaporkan terjejas.
- Kampung Melawati dan Kampung Hujung Matang turut dilaporkan terjejas.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, seramai 82 orang daripada 46 keluarga turut berdaftar sebagai penduduk terjejas banjir yang tidak berpindah ke PPS berkenaan.
“Antara kawasan terjejas ialah Kampung Changkat Baru Matang, Kampung Teluk Kertam, Kampung Melawati dan Kampung Hujung Matang,” menurut kenyataan itu.