41 PATI dicekup, kebanyakan salah guna pas pekerja

Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin

SHAH ALAM, 3 Mac – 41 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam serbuan Op Mahir Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor di dua buah gudang di sini, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kebanyakan PATI lelaki disyaki menyalahgunakan pas pekerja untuk kerja gudang bukan sektor dibenarkan.
  • Identiti dan dokumen palsu dikesan, termasuk alamat dan nama syarikat tidak sepadan dalam pasport.
  • Jabatan Imigresen puji majikan patuh undang-undang; operasi berterusan termasuk sasaran bazar Ramadan.

Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata pemeriksaan mendapati kebanyakan PATI lelaki berusia lingkungan 20 hingga 40-an itu disyaki menyalahgunakan pas pekerja diberikan dengan bekerja digudang terbabit berbanding sektor pembinaan dan perladangan seperti yang dibenarkan.

“Jadi, mereka ini semua kita akan bawa ke Depoh Semenyih lah. Sebab majikan ada, majikan pun masih saya tunggu. Tak kemukakan pasport ke apa. Kalau ada pasport pun ternyata dalam pasport tu kita syaki, alamat lain, nama syarikat pun lain. So, tidak sepatutnya berada di premis ini. Mana yang ada atas nama premis ini kita akan bebas lah. Kita tak ada masalah,” katanya ketika ditemui selepas menyertai operasi bersepadu bersama Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Pendaftaran Negara di sini hari ini.

Operasi bersepadu itu melibatkan empat premis berasingan di sekitar daerah ini termasuk Kuala Langat.

Beliau berkata semakan mendapati 41 lelaki disyaki PATI itu terdiri daripada 23 warga Bangladesh, Pakistan (sembilan), Myanmar (tujuh) dan dua warga India.

Khairrul Aminus turut memuji majikan yang mengikut undang-undang yang telah ditetapkan sama ada bagi pihak majikan mahupun pekerja.

Operasi berterusan Jabatan itu sepanjang Ramadan ini turut menyasarkan bazar-bazar Ramadan di seluruh negeri Selangor.