fb fb fb fb fb

4,477 saman dikeluarkan polis Melaka

AYER KEROH, 4 Mei - Sejumlah 4,477 saman dikeluarkan polis Melaka sepanjang lima hari Op Selamat 18 dilancarkan sehingga semalam sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Melaka, Superintenden Amran @ Mohamad Zaki Omar, daripada jumlah itu Melaka Tengah mencatatkan 3,691, Jasin 687 dan Alor Gajah 98.

Pihaknya turut merekodkan 340 kes kemalangan jalan raya dengan 3 kes kemalangan maut.

Kategori penunggang motorsikal merupakan pengguna jalan raya paling tinggi terlibat dalam kemalangan maut itu.

Sebanyak 12 kawasan di negeri ini dikenalpasti kerap berlakunya kes kemalangan jalan raya iaitu lima di daerah Melaka tengah, empat di Alor Gajah dan tiga di Jasin.


(Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Melaka, Superintenden Amran @ Mohamad Zaki Omar)

"Kemasukan aliran kenderaan melalui tiga pintu utama tol iaitu tol Ayer Keroh, tol Jasin dan tol Simpang Ampat Alor Gajah adalah sebanyak 263,977 kenderaan,"katanya di sini.

Beliau berkata demikian selepas meninjau keadaan trafik di Plaza Tol Ayer Keroh.

Mengulas lanjut, pihaknya juga akan terus melaksanakan pendekatan “Total Enforcement” bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

Media Baharu