300 pelajar kurang berkemampuan di Kelantan terima wang saku RM100

Pegawai Tugas-Tugas Khas Perdana Menteri, Mohamad Mahathir Mohamed Younos ditemui pemberita pada Majlis peluncuran Sumbangan Wang Saku Pelajar Miskin Peringkat Negeri
Kelantan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor 2/RTM

BACHOK, 8 Februari -Lebih 300 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah di Kelantan, mula menerima sumbangan wang saku secara berperingkat bermula minggu ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lebih 300 pelajar keluarga berpendapatan rendah di Kelantan menerima sumbangan wang saku RM100 secara berperingkat.
  • Sumbangan ditaja untuk meringankan beban perbelanjaan harian dan keperluan persekolahan pelajar.
  • Majlis peluncuran disempurnakan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas Perdana Menteri, Mohamad Mahathir Mohamed Younos.
  • Penerima menyatakan rasa syukur; wang digunakan untuk baju sekolah, peralatan, dan barang dapur.

Setiap pelajar menerima bantuan tunai sebanyak RM100, bagi membantu meringankan beban perbelanjaan harian, khususnya melibatkan keperluan persekolahan.

Majlis peluncuran Sumbangan Wang Saku Pelajar Miskin Peringkat Negeri Kelantan disempurnakan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas Perdana Menteri, Mohamad Mahathir Mohamed Younos di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor 2, di sini.

Inisiatif itu memberi kelegaan kepada keluarga berpendapatan rendah serta menyokong kelangsungan pendidikan pelajar daripada golongan kurang berkemampuan.

“Usaha begini yang kita dapat lihat boleh membantu serba sedikit pihak pentadbir sekolah sumbangan ini walaupun nilainya tidak begitu besar tapi ia boleh membantu,” kata Mohamad Mahathir.

“Alhamdulillah rasa teruja dan bersyukur. Bagi saya bantuan ini patut diteruskan dan ia sangat membantu untuk mereka yang memerlukan. Daripada bantuan ini kami boleh membeli baju sekolah, peralatan sekolah dan sebagainya,” penerima Cik Siti Nur Aishah Che Darus.

“Duit RM100 saya boleh bantu ibu bapa saya untuk beli barang dapur dan keperluan lain,” Nur Damia Maisara Mohd Nor.