fb fb fb fb fb

30 kes kesalahan kepenggunaan direkodkan - KPDNHEP Melaka


AYER KEROH, 24 April
- Sebanyak 30 kes berkaitan kesalahan kepenggunaan dikesan sepanjang tempoh bulan Ramadan di Melaka.

Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem memberitahu, daripada jumlah itu, 16 kes direkodkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dengan kebanyakan kerana tidak mempamerkan tanda harga.

Selain itu, tujuh kes dilapor melibatkan kesalahan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999, tiga kes Akta Timbang dan Sukat 1972, Akta Hak Cipta 1987, dua kes dan masing-masing, satu kes bagi Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Perihal Dagangan 2011.

(Ngwe Hee Sem meninjau program Jualan Keluarga Malaysia
di Ayer Keroh / FOTO Bernama)

Sepanjang operasi yang dilaksanakan bermula 3 hingga 22 April lalu, sebanyak 20,507 premis perniagaan termasuk pasar dan bazar Ramadan di seluruh negeri telah diperiksa.

Sebanyak RM3,500 kompaun telah dikeluarkan dengan pelbagai barangan turut disita dengan jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM18,753.20.

Beliau berkata demikian selepas meninjau pelaksanaan Jualan Keluarga Malaysia di Mydin Ayer Keroh.

Media Baharu