fb fb fb fb fb

29 PATI ditahan Imigresen di Skudai dan Pengerang

Foto RTM

JOHOR BAHARU, 1 Mac - 29 warga asing yang tinggal lebih masa dan tidak mempunyai permit ditahan hasil dua operasi berasingan sekitar Skudai, Johor Bahru kelmarin dan Pengerang, Kota Tinggi semalam.

Pengarahnya, Baharuddin Tahir berkata, 14 individu  melibatkan lima lelaki India, dua lelaki dan empat wanita Indonesia, dua lelaki Bangladesh dan seorang lelaki Pakistan berusia 23 hingga 50 tahun di tangkap di Plaza Tol Skudai.

Sementara itu, lapan lelaki Bangladesh, empat lelaki dan seorang wanita Indonesia, seorang lelaki Pakistan serta seorang lelaki India berusia 20 hingga 43 tahun di tahan di Pengerang.

Empat notis hadir ke pejabat dikeluarkan bagi membantu siasatan. 

Mereka ditempatkan di  Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155). 

Majlis Perbandaran Pengerang turut  menyita 10 premis atas pelbagai kesalahan mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan & Perindustrian MPP 2021. 

Lima notis kompaun dikeluarkan kepada premis yang tidak mempamerkan Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan dan gagal mempamerkan papan tanda nama serta nombor perniagaan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia. 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD