fb fb fb fb fb

278 ahli PPM, terima penganugerahan bintang, pingat dan sijil

Foto SUK Perak

IPOH, 8 Jun- Seramai 278 individu dikurniakan pingat pada Istiadat Penganugerahan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Negeri Perak 2024. 

Istiadat penganugerahan berkenaan disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. 

Pada istiadat itu, seramai 56 orang ahli Pengakap Negeri Perak lulus dengan cemerlang dan mendapat pengiktirafan sebagai Pengakap Raja bagi lulusan tahun 2021 dan 2022.

Sementara itu, baki 222 orang pemimpin pengakap di semua peringkat dikurniakan bintang dan pingat Persekutuan Pengakap Malaysia dan negeri Perak termasuk enam pemimpin pengakap luar negara iaitu dari Filipina, India serta Thailand. 

Hadir sama pada istiadat itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Ketua Pengakap Negara, Profesor Datuk Dr. Mohd Zin Bidin dan Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM