KOTA BHARU, 21 April -Lebih 27,000 daripada 40,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tidak berpencen sudah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) berjumlah RM 300.00
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, bantuan bulanan itu telah disalurkan sejak September tahun lalu.
Katanya, penyaluran bantuan itu tertakluk kepada kriteria tertentu, menyasarkan mereka yang diklasifikasikan sebagai miskin tegar dan berada di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dengan pendapatan bulanan RM 1,169 atau kurang.
"Dalam masa JHEV melalui JVE turut ada bantuan bantuan lain dari segi kebajikan kesihatan pendidikan anak anak dan juga skim termasuk perumahan kepada anggota tapi ada banyak bantuan sara hidup kepada yang tidak berpencen", katanya demikian kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Parlimen Kota Bharu di sini hari ini.
Adly berkata, pihaknya menyeru mana-mana tentera tidak berpencen berusia 60 tahun ke atas segera mengemaskini data mereka di 'Veteran Integrated Benefit System 2.0' (VIBES 2.0) agar mengelak tercicir dari menerima bantuan.