fb fb fb fb fb

266 graduan SPRM tamat pengajian Penguatkuasa Undang-Undang

PUTRAJAYA, 8 September- Seramai 266 graduan terdiri daripada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menamatkan pengajian dalam Program Akreditasi Penguatkuasa Undang-Undang SPRM yang julung kali dilaksanakan.

Kesemua mereka diraikan dan menerima sijil tamat pengajian dalam satu Majlis Konvokesyen di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.


(Antara graduan SPRM yang berjaya menamatkan pengajian dalam Program Akreditasi Penguatkuasa Undang-Undang)

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, program anjuran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) itu mendapat kerjasama di peringkat antarabangsa bersama Nottingham Trent University, United Kingdom (NTU, UK) dalam merangka dan melaksanakan program pengajian berakreditasi khusus kepada warga SPRM.

Pengajian program yang dibangunkan meliputi pengajian bagi modul siasatan, modul perisikan dan modul pendakwaan dan perundangan, modul professional practice dan modul kepimpinan selaras dengan kehendak akreditasi NTU UK.

Majlis penyampaian sijil tamat pengajian itu disempurnakan Pro Vice Canselor NTU UK, Prof. Cillian Ryan.

Empat kohot utama yang dilaksana menerusi program tersebut adalah Program Professional Diploma in International Law Enforcement: Anti Corruption Studies (Level 5): Program Postgraduate Diploma in International Law Enforcement: Anti Corruption Leadership (Level 7); Program Professional Diploma in International Law Enforcement: Anti Corruption Studies (Level 5 dan Program Professional Diploma in International Law Enforcement: Anti Corruption Studies (Level 5) For In Services MACC Officers.

Media Baharu