fb fb fb fb fb

Jajaran baharu hubungkan Malaysia-Indonesia, bakal lonjak ekonomi

MELAKA, 8 September- Satu jajaran baharu menghubungkan Malaysia dengan Tanah Besar Sumatera, Indonesia melalui Dumai-Telok Gong, Masjid Tanah, yang bakal diwujudkan tidak lama lagi, dilihat akan memberi impak besar kepada perkembangan ekonomi kedua-dua negara dalam pelbagai sektor khasnya perindustrian.

Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, jajaran yang akan dibangunkan dalam tempoh 10 tahun ini juga akan menjadi ikon baru yang sekali gus menarik perhatian pelabur dunia.


(Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh)

Beliau berkata, kerajaan negeri bersedia merealisasikan hasrat pembinaan jajaran sejauh 47 kliometer itu dengan menyediakan prasarana lengkap lebih awal agar ia berjalan dengan lancar.

“Kita sedang mengenal pasti beberapa kawasan semalam, kita sedang melihat kawasan-kawasan berpotensi dijadikan kawasan penyuraian trafik kawasan menjadikan CIQ dan kaedah-kaedah baru CIQ akan diperkenalkan kemudian kawasan industri yang ada segmen-segmen tertentu 5,000 ekar . 1,000 ekar pertama merupakan kawasan untuk pelabur semi kondaktor , 1000 ekar yang kedua kawasan untuk pembuat barang elektronik, yang ketiga automotif kawasan pemasangan kereta masa depan umpamanya kereta mekanikal elektrik akan dipasang dan di kilangkan di Melaka dan tidal lupa juga kawasan riadah yang ada kelab golf,hotel dan kawasan bandar baru," katanya selepas menjadi tetamu bagi Program Apa Kabau YB di Konti MelakaFM.

Dalam pada itu, kawasan perindustrian Masjid Tanah yang bakal dibangunkan di kawasan 2023.4 hektar bakal menerima pelancong dunia sekali gus meningkatkan ekonomi Negara khasnya Melaka dalam pelbagai sektor.

Media Baharu