fb fb fb fb fb

KUIPs terus cemerlang ke arah penubuhan Universiti Islam Tuanku Syed Sirajuddin

ARAU, 8 September- Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) meletakkan 6 teras dan tujahan utama sepanjang tahun ini.

Ini termasuklah Keterlihatannya , Penjajaran Pengurusan, Kesegeraan Dalam Tadbir Urus Sumber Manusia, Pengurusan dan Penjanaan Kewangan Yang Efisyen, Kecemerlangan Akademik dan Mahasiswa Holistik.


(Rektor KUIPs, Profesor Madya Dr. Muhamad Rozaimi Ramle mengadap Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail)

Menurut Rektor KUIPs, Profesor Madya Dr. Muhamad Rozaimi Ramle, sebanyak lima program telah mendapat Akreditasi Penuh dan Sementara bagi tahun 2022 ini.

Antaranya ialah Akreditasi Sementara (Jun 2022) bagi Doktor Falsafah Bahasa Al Quran dan Al Sunnah serta Sarjana Pengajian Islam, manakala akreditasi penuh pula diperolehi oleh KUIPs untuk Diploma Bahasa Arab, Bachelor Of Accountancy (Honours) dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Muamalat Dengan Kepujian (Pengurusan Harta).

Selain itu, melalui jaringan kerjasama individu dan pihak koporat, KUIPs telah berjaya untuk menjana kewangan tambahan sebanyak RM550,000 sepanjang Februari sehingga Julai 2022 yang lalu melalui sumbangan zakat sebanyak RM240,000, wakaf sebanyak RM210,000 dan infaq berjumlah RM100,000.

Beliau memaklumkannya dalam majlis mengadap Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Canselor KUIPs bagi membentangkan Laporan Gerak Kerja Semasa Pengurusan KUIPs, Januari-Ogos 2022’ yang diadakan di Galeri DiRaja Arau.

Bagi tempoh Januari hingga Ogos yang lalu, KUIPs juga memberikan fokus kepada persiapan pendaftaran penubuhan Universiti Islam Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) yang mana Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif KUIPs telah mewujudkan Taskforce Pelaksanaan Syarat-Syarat Kelulusan Pendaftaran.

Media Baharu