fb fb fb fb fb

SPRM perlukan banyak masa untuk siasatan kes LCS

Foto Fail

PUTRAJAYA, 8 September- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan lebih banyak masa untuk melengkapkan siasatan berhubung kes projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Jelas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, pertambahan tempoh masa itu bagi membolehkan pihaknya memanggil lebih ramai saksi termasuk yang berada di luar negara.


(Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki)

"Dalam hal penyiasatan ini tuan2 puan2 semua saya ingin membawak semua untuk memahami bahawa perkara2 berkaitan tadbir urus dan criminality adalah dua perkara yang berbeza. Sebab itu mungkin banyak mengemukakan isu2 kepada pihak media tentang isu-isu tadbir urus itu diambik dari laporan forensik audit. Namun demikian pihak kami menyiasat bukan itu saja kita menyiasat lebih lanjut lagi daripada itu untuk melihat jenayah yang berlaku pada mana2 pihak. Jadi masa diperlukan lagi oleh pegawai2 penyiasat saya untuk melengkapkan siasatan ini." katanya kepada kepada media pada Majlis Konvokesyen Kali pertama Program Akreditasi Penguatkuasa Undang-Undang SPRM di Putrajaya.

Mengulas mengenai penglibatan seorang ahli politik yang dikaitkan dengan kes tersebut, beliau berkata pihaknya perlu menyemak terlebih dahulu kerana ia masih dalam proses siasatan.

Media Baharu