fb fb fb fb fb

25 rumah rosak teruk di Pendang akibat ribut

Kawasan yang terjejas teruk di Taman Seri Delima membabitkan 23 rumah didiami 72 mangsa.

PENDANG, 2 November- Kira-kira 25 rumah di sini, mengalami kerosakan selepas dilanda ribut dan hujan lebat, petang semalam.
 
Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Leftenan (PA) Yuslina Yusoff, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4.30 petang di Taman Seri Delima, Jalan Jenun, Kampung Pulau Machang dan Kampung Bukit Jagung.
 
Katanya, kawasan yang terjejas teruk adalah perumahan di Taman Seri Delima membabitkan 23 rumah didiami 72 mangsa, manakala di Kampung Pulau Machang pula sebuah rumah didiami dua mangsa.

Sementara di Kampung Pulau Machang pula membabitkan sebuah rumah yang didiami dua mangsa serta sebuah rumah di Kampung Bukit Jagung yang dihempap pokok tumbang.
 
“Pihak APM Pendang turut menerima panggilan berkaitan pokok tumbang yang menghalang laluan di Perumahan Keda Asam Jawa serta Klinik Kesihatan Pendang.

“Namun, tiada kerosakan berlaku dan tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Yuslina berkata, ketika kejadian keadaan cuaca mendung dan hujan renyai, malah tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan setakat ini.

ZEHRA BINTI ZAMBRI