fb fb fb fb fb

242 tukun tiruan dan unjam hibrid dilabuhkan di Selangor

Tukun tiruan dilabuhkan bertujuan memulihkan sumber perikanan negara/Foto DOF

SHAH ALAM, 27 November – Sebanyak 242 unit tukun tiruan dan unjam hibrid telah dilabuhkan di perairan Selangor sejak tahun 2006 hingga tahun lalu.

Exco Pertanian Selangor, Ir. Izham Hashim, memaklumkan bahawa daripada jumlah tersebut, 234 unit adalah tukun tiruan yang dilabuhkan di perairan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Kuala Langat, dan Sepang, manakala lapan unit tukun hibrid dilabuhkan di Sabak Bernam.

Menurut Izham, inisiatif ini dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan Malaysia bersama Jabatan Perikanan Selangor

"Tukun tiruan merupakan struktur buatan manusia yang ditempatkan di dasar laut bertujuan meningkatkan kepadatan sumber marin. Kawasan tukun tiruan ini menjadi habitat perlindungan serta pembiakan pelbagai spesies ikan," katanya.

Beliau memberikan penjelasan tersebut sebagai jawapan kepada pertanyaan Ahli Dewan Negeri Sungai Panjang, Mohd Razali Saari, berhubung projek pembangunan Tukun Tiruan dan Unjam Hibrid di Selangor, pada sidang Dewan Negeri Selangor di Shah Alam, pada Selasa.

GRACE AISYAH KEDAYAN