fb fb fb fb fb

24,708 pemilik kenderaan disaman JPJ sejak 25 Januari lalu

KOTA BHARU, 1 Februari - Sebanyak 24,708 pemilik kenderaan disaman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam tempoh enam hari, sejak 25 Januari lalu.

Tindakan diambil menerusi Operasi Penguatkuasaan yang dilaksana pasukan keselamatan sempena Tahun Baharu Cina.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata ia membabitkan pelbagai kesalahan jalan raya.

Antaranya, tidak memiliki lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh, tidak memakai tali pinggang keledar dan gagal mematuhi lampu isyarat.

"Kita jalinkan kerjasama dengan pihak polis dan juga pihak lain seperti Jabatan Imigresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar serta pihak berkuasa tempatan di tempat berkenaan. KIta memang tidak boleh elak 100% tapi sekurang-kurangnya melalui aktiviti pencegahan dan pemantauan, penguatkuasaan ini sedikit sebanyak akan mengurangkan kemalangan jalan raya,"

"Kami juga mengesan empat pemandu bas yang gagal pemeriksaan saringan urin iaitu disyaki terbabit dengan pengaruh dadah dan siasatan lanjut akan diselaraskan dengan pihak berkuasa berkaitan," katanya ketika sidang media di terminal bas Lembah Sireh di sini.

Secara keseluruhan, 67,265 kenderaan diperiksa dalam tempoh berkenaan.

 

Media Baharu