fb fb fb fb fb

Kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam di Negeri Sembilan mengikut jadual walaupun pada sambutan TBC

 



PORT DICKSON, 1 Februari- Kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam di Negeri Sembilan tetap berjalan seperti biasa dan mengikut jadual walaupun pada sambutan Tahun Baharu Cina.

Menurut Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Teo Kok Seong, seramai 1,289 anggota petugas syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, SWM Environment Sdn. Bhd. bersedia pada hari pertama perayaan.

Seramai 1 ribu 363 petugas pula bersiap sedia pada hari kedua bagi memastikan kutipan sisa domestik tersebut berjalan lancar.

"Untuk hari pertama jumlah jentera sebanyak 169 iaitu terdiri drpda 111 compacter dan 58 lori atau roro, manakala Untuk hari kedua, sama juga kita punya jentera sebanyak 169 buah."

"Jadi kalau kita lihat, jumlah anggota atau jumlah pegawai atau pekerja kita yang berada dalam keadaan bersedia memang amat mencukupi untuk kita nak laksanakan tugas pengutipan atau kerja pembersihan ketika Tahun Baharu Cina,"kata Teo Kok Seong.

Kutipan sisa domestik turut dilaksana seperti biasa di 42 lokasi tong sampah berpusat, 29 buah lokasi rumah pangsapuri dan sembilan buah lokasi tumpuan pelancong agar sisa dapat diuruskan dengan baik.

Beliau memberitahu demikian dalam sidang media Strategi Operasi Tahun Baharu Cina di Pantai Saujana, Port Dickson.

Dalam pada itu sebanyak 234 buah tong sampah beroda dan tong sampah berpusat turut disediakan di sepanjang pantai Port Dickson bagi kegunaan orang ramai yang hadir ke kawasan pelancongan tersebut sempena cuti perayaan.

Media Baharu