KOTA TINGGI, 1 Februari- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MARITIM) Johor menahan sebuah kapal tangki dari Panama, disyaki bersauh tanpa kebenaran di 11.6 batu nautika Timur Tanjung Balau, Kota Tinggi, satu petang semalam.
Turut ditahan, 24 kru kapal lelaki, termasuk nakhoda, warga Ukraine, India, dan Rusia, berumur 21 hingga 49 tahun.
Laksamana Pertama MARITIM Nurul Hizam Zakaria memaklumkan, nakhoda kapal tangki sepanjang 243 meter itu, gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh.
Selain memberi alasan menunggu arahan pelayaran seterusnya daripada syarikat terlibat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 491 B (1) (L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.