fb fb fb fb fb

Geran RM19.2 juta bantu PSK di seluruh negara

KUALA LUMPUR, 1 Februari - Kerajaan menyalurkan peruntukan geran sebanyak RM19.2 juta kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) di seluruh negara, tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bantuan itu sejajar dengan prinsip keterangkuman Keluarga Malaysia bagi memastikan tiada mana-mana golongan terpinggir.

Ia melibatkan PSK yang menyediakan perkhidmatan penjagaan, perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasar Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM).

"Memang kita berikan kepada Orang Kurang Upaya (OKU), pusat OKU, rumah orang tua dan pusat jagaan yang lain. Di samping itu kanak-kanak istimewa dan warga emas yang tinggal di pusat jagaan, kerajaan juga beri bantuan," katanya.

Beliau ditemui selepas melawat Pusat Jagaan Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Istimewa Insan, di sini sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Media Baharu