fb fb fb fb fb

Terus patuhi SOP pada musim perayaan - PM

KUALA LUMPUR, 1 Februari - Keluarga Malaysia dinasihat supaya terus mematuhi SOP walaupun terdapat kelonggaran diberikan terutama pada musim perayaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini bagi memastikan keselamatan dan kesihatan setiap ahli keluarga sentiasa terjamin.

"Walaupun kita beri kelonggaran bukan bermakna kita bebas sepenuhnya. SOP mesti dipatuhi sebagai contoh dari segi pemakaian pelitup separuh muka, penjarakan fizikal.

"Kita tahu keluarga akan balik. Kali ini kita benarkan keluarga daripada luar pun balik kampung untuk balik bersama keluarga masing-masing.

"Jadi yang agak sukar adalah untuk memastikan penjarakan fizikal. Tapi saya harap sukar macam mana pun mesti kita patuhi SOP tersebut bukan untuk orang lain, tapi untuk kepentingan keluarga kita supaya mereka terus kekal sihat tanpa jangkitan COVID-19 dan sebagainya," kata Ismail Sabri selepas mengadakan kunjungan ke rumah Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Istimewa Insan di bersempena sambutan Tahun Baharu Cina di sini.

Dalam kunjungan tersebut beliau dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin meluangkan masa kira-kira 40 minit beramah mesra dengan lebih 30 penghuni rumah kebajikan tersebut.

Perdana Menteri turut menyampaikan pek makanan, limau mandarin dan sampul angpau.

 

Media Baharu