fb fb fb fb fb

234 unit tukun tiruan konkrit dilabuhkan di perairan Selangor

FOTO HIASAN/FOTO RTM

KUALA SELANGOR, 26 November - Sebanyak 234 unit tukun tiruan konkrit telah dibina dan dilabuhkan sepanjang perairan Selangor antara tahun 2006 hingga tahun ini.

Antara daerah terlibat Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Menurut Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Selangor, Noraisyah Abu Bakar, sejak 2010, tukun tiruan Dasar Lembut Penghalang Pukat Tunda, Konservasi dipilih untuk dibangunkan di Selangor bagi membantu menghalang pencerobohan bot tunda dari berleluasa di persisir pantai.

"Pada hari ini kita adakan satu program untuk melabuhkan tukun tiruan dasar laut penghalang pukat tunda.

"Sebanyak 11 tukun tiruan kita labuhkan di Bagan Nakhoda Omar Sabak Bernam dan program ini bertujuan untuk memperkayakan sumber perikanan dan mewujudkan satu habitat baharu kepada sumber perikanan.

"Bagi tujuan berkenaan, kita dapat peruntukan kerajaan negeri Selangor yang berjumlah RM350,000 bagi keseluruhan projek tukun tiruan dasar lembut penghalang pukat tunda", katanya selepas merasmikan Progam Melabuh Tukun Tiruan Konservasi Selangor 2023 di sini.

Tambah Noraisyah, selain Tukun Tiruan Konservasi, beberapa tukun tiruan turut dilabuhkan di sepanjang perairan Selangor antaranya Tukun Dasar Lembut Satu, Dua dan Tiga.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD