IPOH, 23 Oktober-22 sekolah di Perak siap siaga bagi dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menempatkan penduduk terjejas banjir ketika Monsun Timur Laut (MTL).
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Khairudin Abu Hanipah berkata ia membabitkan daerah Hilir Perak, Kerian, Larut Matang Selama, Manjung, Muallim, Perak Tengah dan Kinta Utara.
Menurut Khairuddin, pihak sekolah diminta menyediakan pelan pergerakan penduduk terjejas di PPS bagi memastikan aspek keselamatan sentiasa berada dalam keadaan baik.
"Agenda keselamatan mangsa banjir ini perlu kita utamakan.
"Jadi, saya mengharapkan perlu ada pelan jangka panjang jangka dan pendek tentang penempatan PPS ini supaya ia dapat berjalan baik dan dalam masa sama keselamatan di sekolah-sekolah berkenaan itu dapat diutamakan", katanya demikian ketika ditemui RTM di sini.
Secara keseluruhan terdapat sebanyak 1,052 lokasi dikenalpasti boleh dijadikan PPS sekiranya berlaku banjir termasuk sekolah.