fb fb fb fb fb

200 peserta sertai Explorace Merdeka MADANI

KANGAR, 16 September- Bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia hari ini, UMNO Bahagian Kangar menganjurkan Explorace Merdeka MADANI diselaraskan Biro Sukan UMNO dan Pemuda UMNO Bahagian Kangar.

Program itu berjaya menarik penyertaan 200 peserta melibatkan 50 kumpulan yang menetap di kawasan Parlimen Kangar.

Aktiviti itu akan singgah di 10 hentian seluruh Kangar.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, "program itu dilaksanakan bagi meraikan kepelbagaian budaya di Malaysia.

"Ia selari dengan tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia iaitu Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan," katanya.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan dengan tema kemerdekaan serta budaya perlu diselesaikan oleh peserta. Ia meliputi pengetahuan am, kreativiti dan kerjasama berpasukan bagi membolehkan mereka menyelesaikan misi hingga ke garisan penamat.

Fathul Bari Mat Jahya memaklumkannya ketika melepaskan para peserta Explorace Merdeka MADANI di Taman Sakura, Tebing Tinggi di Bintong.

Wang tunai berjumlah RM3,000 dan hadiah iringan serta pelbagai hadiah cabutan bertuah merupakan tawaran kepada peserta bertanding.

Program Explorace Merdeka itu dilaksanakan setiap kali sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bagi mengukuhkan perpaduan antara masyarakat selain membangkitkan semangat patriotik dalam kalangan peserta.

(Pelepasan peserta yang menyertai Explorace Merdeka MADANI)

Media Baharu