fb fb fb fb fb

200 pemuisi dari 20 negara bakal 'berkampung' di Bachok

(Persembahan puisi ketika majlis perasmian Sambutan Hari Puisi Malaysia ke-3
di JKNN Melaka, Ayer Keroh)

AYER KEROH, 14 Jun- Konvensyen Pemuisi Sedunia (KOMPES) yang bakal berlangsung di Bachok, Kelantan, September depan bakal mengumpul 200 pemuisi dari 20 negara.

Penganjuran konvensyen kali kedua berkenaan bagi memartabatkan bahasa melayu ke peringkat antarabangsa.

Penaung Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (PEMUISI), Tan Sri Hamad Kama Piah Che' Othman berkata, sebarang komunikasi pada konvensyen berkenaan akan menggunakan  bahasa Melayu dan ia mendapat sambutan menggalakkan daripada peserta luar negara.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Sambutan Hari Puisi Malaysia ke-3 yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di Auditorium Tun Seri Lanang, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka di sini.

Hadir sama, Presiden PEMUISI, Datuk Dr Radzuan Ibrahim.

Penganjuran Sambutan Hari Puisi Malaysia ke-3 akan menjelajah ke seluruh negara bagi memperluas program PEMUISI, sekali gus mendekatkan seni puisi kepada masyarakat.

(Hamad Kama Piah Che' Othman)

Media Baharu