KUALA TERENGGANU, 14 Januari- Seramai 194 penduduk terjejas disebabkan fenomena ombak besar yang berlindung di Dewan Serbaguna Kampung Kuala Kemaman sejak malam tadi telah pulang ke kediaman masing-masing.
Secara rasminya Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berkenaan ditutup pukul 12.00 tengah hari tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan ketika ini hanya tinggal 106 penduduk terjejas yang masih berlindung di dua PPS.
92 orang di Balai Raya Kampung Geliga Pantai di daerah Kemaman manakala 14 lagi kekal berada di Balairaya Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Bandar Paka.