fb fb fb fb fb

173 pokok kategori berisiko tinggi ditebang

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa

KUALA LUMPUR, 27 Jun - Kira-kira 1,488 pokok berusia di sekitar ibu kota diperiksa sejak 2019 hingga kini dan daripada jumlah itu 173 pokok telah ditebang kerana dikategorikan sebagai 'berisiko tinggi'.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, penilaian itu dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selain pemeriksaan berterusan akan dilakukan terhadap pokok-pokok berusia.

"Bagi mencerminkan komitmen DBKL khususnya kita telah melantik 21 orang kontraktor mulai 15 Jun 2024 bagi penyelenggaraan pokok rendang secara berkala dan kita pastikan setiap kontraktor perlu menyediakan arboris, mereka yang  pakar dalam perkaitan berkaitan pokok ini untuk menilai tahap kesihatan dan tindakan mitigasi ke atas pokok," kata Dr Zaliha.

Mengenai pokok di premis persendirian Dr Zaliha berkata DBKL telah mengeluarkan 65 surat pemberitahuan mengenai pokok-pokok berisiko di kawasan persendirian hasil aduan orang awam sejak 2021 hingga Mei lepas.

Beliau menjawab soalan dikemukakan wakil Wangsa Maju Zahir Hassan mengenai bentuk tindakan untuk memastikan pokok bawah seliaan DBKL dan premis persendirian mematuhi garis panduan bagi mengelakkan ancaman bahaya kepada orang awam.

TETITIA YUSOFF