fb fb fb fb fb

Digitalisasi kajian dan bahan sejarah di media sosial bakal diperkasakan

Digitalisasi bahan dan kajian sejarah di media sosial perlu dimanfaatkan seiring perubahan zaman/Foto RTM

AYER KEROH, 27 Jun-Digitalisasi kajian atau bahan sejarah di media sosial akan diperkasakan lagi seiring dengan arus pemodenan semasa.

Menurut Naib Canselor Universiti Islam Melaka (UNIMEL) , Profesor Datuk Dr Mohd Taib Dora trend menunjukkan masyarakat generasi kini gemar menggunakan media massa dan media sosial sebagai satu platform dalam menyebarkan segala isu yang berkaitan termasuk sejarah dan warisan negara secara cepat dan meluas.

“Media sosial pada hari ini kalau nak tanya media sosial generasi hari ini tidak gemar membaca buku.

"Kita kena letak dalam media sosial juga jadi saya harap dengan simposium dan hasil kajian yang kita sudah buat ini, kita akan masukkan dalam media sosial dalam pelbagai bentuk teknologi.

"Jadi pada saya ini akan memberi impak lebih besar dan lebih berkesan pada masyarakat", katanya demikian kepada pemberita selepas Perasmian Simposium Antarabangsa Penyelidikan Hang Tuah di Auditorium MITC, di sini.

Hampir 1,000 peserta terlibat pada simposium berkenaan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD