fb fb fb fb fb

Sultan Nazrin berkenan rasmi SBPI Gopeng

Foto RTM

GOPENG, 27 Jun- Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat merasmikan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) di Gopeng.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dan Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa serta Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Keberangkatan tiba baginda pada pukul 11.06 pagi di sambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad serta Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Fadhlina dalam sembah ucapannya berkata tugas membina generasi masa hadapan merupakan tugas yang sangat penting.
 
"Pendidikan bukan seperti kilang percetakan tetapi proses memanusiakan manusia dan menginsankan insan."
 
"Justeru, proses ini merupakan proses pembelajaran sepanjang hayat," kata Fadhlina dalam sembah ucapannya, hari ini.

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gopeng dibina di kawasan seluas 27 ekar.

Pembinaannya bermula pada 13 November 2000 dengan kos pembinaannya menelan belanja sebanyak RM30.4 juta.

Sekolah tersebut mempunyai seramai 590 orang, dengan bimbingan oleh 55 orang guru dan 16 orang staf sokongan.

Selepas majlis perasmian itu, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara berkenan melawat pameran yang disediakan pelajar dan guru sebelum berangkat pulang.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM