fb fb fb fb fb

171 pelajar terima biasiswa Skim Pembiayaan Hafiz

PUTRAJAYA, 26 September- Seramai 171 pelajar menerima biasiswa bawah Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) khusus untuk pelajar huffaz al-Quran tahun ini dengan nilai tajaan sebanyak RM2.95 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, ia adalah salah satu usaha kerajaan dalam memartabatkan bidang pengajian tahfiz di negara ini.


(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar)

"Keseluruhan mereka ini adalah huffaz, mereka yang telah menghafaz al-Quran yang telah mendapat tempat di universiti-universiti sama ada dalam negara atau pun luar negara dan diberikan tajaan SPH kepada hafiz yang telah mendapat keputusan cemerlang. Kemudian apabila telah berjaya tamat pengajian sama ada sebagai seorang doktor, peguam, akauntan, jurutera dan lain-lain, keluar untuk berbakti kepada masyarakat', katanya.

Beliau ditemui media selepas menyerahkan dokumen perjanjian kepada pelajar baharu yang menerima (SPH) JAKIM 2023 di Putrajaya.

Penerima SPH tahun ini terdiri daripada tiga orang pelajar Sarjana, 130 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam negara dan 38 pelajar Ijazah Sarjana Muda di luar negara.

Beliau berharap agar golongan huffaz ini dapat memberi sumbangan kepada negara dan mengekalkan kebolehan menghafal al-Quran serta menjadi hafiz profesional yang memartabatkan al-Quran.

Media Baharu