KEDAH, 26 September- Penduduk yang terjejas banjir di Kedah semakin meningkat apabila sebuah lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di daerah Kota Setar.
Secara keseluruhan PPS di negeri berkenaan menempatkan 197 penduduk terjejas banjir daripada 59 keluarga, setakat pukul 10.00 malam tadi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten Pertahanan Awam Mohd Adenin Suhaimi berkata dua PPS dibuka di daerah Kubang Pasu.
"PPS SMK Changlun menempatkan 150 penduduk terjejas banjir daripada 43 keluarga. PPS Dewan Kampung Tradisi Lembah Keriang pula menempatkan 27 penduduk daripada lapan keluarga," kata Mohd Adenin kepada pemberita di sini.
Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapten Pertahanan Awam Abdul Halim Rafiq Moktar memaklumkan PPS Dewan Taman Seri Bagan menempatkan 20 penduduk terjejas banjir daripada lapan keluarga.
Tambah Abdul Halim, PPS yang dibuka kira-kira pukul 7.00 malam tadi menempatkan penduduk dari Taman Seri Bagan yang terjejas akibat banjir itu.
(PPS yang dibuka kira-kira pukul 7.00 malam tadi menempatkan penduduk dari
Taman Seri Bagan yang turut terlibat dalam kejadian banjir.)