KUALA LUMPUR, 27 Mac- Lebih 170,000 kenderaan sehari dijangka sepanjang musim perayaan ini di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).
Peningkatan ketara sejak Isnin lalu menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Ketua Pegawai Eksekutif WCE, Lyndon Alfred Felix berkata lonjakan trafik dijangka bermula hari ini hingga 30 Mac dan kembali meningkat pada 5 hingga 6 April.
Pengguna lebuh raya dinasihat merancang perjalanan awal bagi mengelakkan waktu puncak serta menggunakan aplikasi WCE App bagi mendapatkan kemas kini trafik secara langsung.
Pengguna diingatkan untuk memastikan baki kad Touch ‘n Go mencukupi dan mematuhi peraturan jalan raya.
"Dalam usaha meningkatkan keselesaan pengguna, pasukan rondaan WCE turut ditambah bagi memastikan kelancaran trafik selain memberikan bantuan segera sekiranya berlaku kecemasan," kata kenyataan itu.
Kemudahan di hentian rehat dan rawat (R&R) serta beberapa hentian sebelah seperti di Sungai Nyior, SAE, Assam Jawa, Trong, dan Taiping Selatan kini beroperasi sepenuhnya.
Menurutnya, keselamatan dan keselesaan pengguna tetap menjadi keutamaan pihak WCE dalam tempoh ini.