fb fb fb fb fb

17 permohonan penggunaan data PADU diluluskan

BUDI95, antara inisiatif penggunaan data PADU / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 3 November - 17 permohonan penggunaan data Pangkalan Data Utama (PADU) telah diluluskan bagi tujuan penentuan dasar dan pelaksanaan pelbagai program kerajaan, setakat 31 Oktober lepas.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib memberitahu program Budi Madani Ron95 (BUDI95), antara inisiatif terbaharu yang menggunakan data PADU, sebagai rujukan.

"Kerajaan juga akan terus meningkatkan penggunaan data PADU dalam kalangan agensi kerajaan selaras dengan Akta Perkongsian Data 2025 dan Garis Panduan Pelaksanaan Perkongsian Data Sektor Awam.

"Kementerian Ekonomi sentiasa memperkemas dan menambah baik proses dan prosedur perkongsian data PADU termasuk meningkatkan aspek keselamatan dan kualiti data. Keperluan bagi memastikan proses perkongsian data yang berkualiti dan berintegriti dapat dilaksanakan dengan lancar untuk penghasilan analisis data yang lebih tepat", katanya di Dewan Rakyat.

FAUZIAH ABD RAHMAN