fb fb fb fb fb

166 penguat kuasa KPDN Pahang digerakkan pantau harga barang

Foto RTM

KUANTAN, 16 Jun- Seramai 166 orang Pegawai penguat kuasa dan 75 orang pegawai pemantau harga di seluruh Pahang digerakkan untuk menjalankan pemeriksaan dan pemantauan bekalan serta harga barangan keperluan pengguna menjelang Aidiladha.

Pengarah KPDN Pahang, Jezlily Jamaluddin dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 3,448 premis peringkat pemborong,peruncit,pasar basah,pasar tani dan pasar raya di negeri Pahang yang menjadi tumpuan orang ramai telah diperiksa sepanjang bulan Jun.

Jelasnya, daripada jumlah itu sebanyak 33 kes telah dikesan di bawah akta yang dikuatkuasakan oleh KPDN.

Sementara itu, KPDN Pahang turut meningkatkan pemeriksaan ke atas perniagaan yang berdaftar dengan Sistem Kawalan Diesel Bersubaidi (SKDS).

Semenjak pelaksanaan Ops Kesan 2.0 yang bermula 10 Jun lalu, sebanyak 56 syarikat peniaga yang berdaftar di bawah SKDS telah diperiksa.

16 Notis Pengesahan Maklumat Barangan dan Perkhidmatan (NPMB) telah dikeluarkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kos dan harga barangan yang dijual.

Kesemua aduan telah disiasat dan pihak syarikat atau perniagan telah diberikan notis mengemukakan maklumat lanjut berkaitan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD