fb fb fb fb fb

155 kenderaan diperiksa, 61 saman dikeluarkan

Mohd Zawawi Zakaria

KAMPAR, 29 November- Sebanyak 155 buah kenderaan diperiksa dalam Ops Bersepadu Kenderaan Perdagangan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng malam tadi.

Pengarah Keselamatan Negeri Perak Mohd Zawawi Zakaria berkata daripada jumlah tersebut, 61 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi yang bermula pada pukul 9.00 malam dan berakhir 12.00 tengah malam itu.

Operasi berkenaan turut menyebabkan pemandu sebuah bas ekspres melarikan diri kerana dipercayai membawa barangan terlarang.

"Ada satu pemandu yang disyaki terlibat dengan kesalahan dadah dan meninggalkan bas dengan penumpangnya sekali.

"Mungkin ada barang terlarang dan sekarang masih dalam tindakan pihak polis," katanya kepada pemberita di sini.

Operasi itu turut dihadiri Pemangku Ketua Polis Perak DCP Zulkafli Sariaat dan Pengarah Keselamatan Negeri, Mohd Zawawi Zakaria.

Kolabarasi berkenaan melibatkan 144 kekuatan disertai sembilan agensi pelaksana negeri termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)

Ops dilaksanakan bertujuan memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua jenis kenderaan agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya ditetapkan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI