
SUNGAI PETANI, 7 April – 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Op Mahir dan Op Sapu di Kedah atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
- Tahanan terdiri daripada 13 lelaki dan seorang wanita berumur 19 hingga 48 tahun.
- Warga asing dari Pakistan, Bangladesh, Kenya, Ghana, Mesir dan India ditahan kerana tiada dokumen sah, tinggal melebihi tempoh dan langgar syarat pas.
- Operasi dua hari periksa 251 orang; empat borang saman dikeluarkan dan semua tahanan dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen Kedah.
Menurut Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah, mereka yang ditahan terdiri daripada 13 lelaki dan seorang wanita berusia antara 19 hingga 48 tahun.
“Warga asing yang ditahan terdiri daripada warga Pakistan, Bangladesh, Kenya, Ghana, Mesir dan India. Kesalahan dikesan termasuk tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, tinggal melebihi tempoh dan melanggar syarat pas yang ditetapkan. Empat Borang Saman Kepada Saksi turut dikeluarkan sepanjang operasi,” katanya dalam satu kenyataan.
Operasi dua hari yang bermula semalam itu tertumpu di sekitar Kulim dan Kuala Muda.
Seramai 251 orang diperiksa dalam operasi yang dilaksanakan hasil maklumat dan risikan Unit Tindakan Imigresen.
Semua PATI yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen Kedah untuk tindakan lanjut.