fb fb fb fb fb

14,255 penduduk terjejas banjir masih berada di 201 PPS di tujuh negeri - JKM

KUALA LUMPUR, 4 Januari -Seramai 14,255 penduduk terjejas banjir masih berada di 201 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh negeri iaitu Johor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Sabah dan Terengganu, pagi ini, Menunut Info Banjir JKM pagi ini

Di JOHOR, jumlah penduduk yang terjejas banjir terus meningkat kepada 5,274 orang sehingga 8.13 pagi berbanding 4,737 orang setakat 8 malam tadi.

Mereka ditempatkan di 82 PPS melibatkan 1,457 keluarga.

Di SABAH, bilangan penduduk yang terjejas banjir sedikit menurun pagi ini apabila Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melaporkan seramai 2,438 orang berada di 24 PPS.

"Daerah terlibat ialah Kota Marudu yang mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai berada di PPS iaitu seramai 2,766 orang di 14 PPS, diikuti Pitas (234 orang di empat PPS), Telupid (159 orang di enam PPS), Paitan (83 orang di tiga PPS), Sandakan (46 orang di satu PPS) dan Beluran (41 orang di dua PPS)." menurut portal tersebut.

Di PAHANG, penduduk yang terjejas banjir menurun kepada 1,820 orang berada di 48 PPS, melibatkan 549 keluarga

Di NEGERI SEMBILAN, data terkini menerusi aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan sedikit menurun kepada 1,799 membabitkan 497 keluarga dengan 21 PPS dibuka setakat 8.30 pagi tadi berbanding 1,967 individu.

Di MELAKA, jumlah mangsa banjir sedikit meningkat kepada 2,605 berbanding 2,591 orang 8 malam tadi.

Kesemua penduduk terjejas ditempatkan di 22 PPS melibatkan 666 keluarga.

Manakala DI SELANGOR, info Bencana JKM merekodkan jumlah penduduk yang terjejas banjir kekal. Mereka ditempatkan di dua PPS di daerah Kuala Langat kekal 40 individu iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Kelanang dengan 25 mangsa dan Balai Raya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Banting (15 mangsa).

DI TERENGGANU
, tidak sampai 24 jam selepas dua PPS terakhir di Dungun ditutup semalam, dua PPS terpaksa dibuka semula di Kemaman sejak malam tadi.

Sehingga pukul lapan pagi ini, sembilan penduduk terjejas daripada tiga keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor.

Manakala 10 penduduk daripada dua keluarga ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata pemindahan penduduk adalah disebabkan banjir yang berlaku kerana fenomena air pasang besar.

Sementara itu aras air di tiga Sungai di Pahang merekodkan paras bahaya. Sungai berkenaan melibatkan stesen penyukat di Paya Gintong, Jerantut, Sg. Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan dan Sg. Serting di Jambatan Padang Gudang Bera.

Di Johor tiga stesen mencatatkan bacaan paras bahaya, iaitu Sg. Lenik di Ladang Chaah, Segamat; Sg. Segamat di bandar Segamar dan Sungai Tangkak di Kg Seri Makmur, manakala di Negeri Sembilan melibatkan Sg. Muar di pekan Rompin, Jempol.

Dua stesen di Melaka turut mencatatkan bacaan paras bahaya iaitu Sg. kesang di teluk Rimba, Jasin dan Sg. Melaka di Batu hampar.

 

Media Baharu