fb fb fb fb fb

139 pegawai naik pangkat, 112 sebagai pemangku dan penempatan - JPA

(Majlis perjumpaan KPPA bersama pegawai Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam Bil. Tahun 2022)

PUTRAJAYA, 1 Mac - Seramai 139 pegawai diluluskan kenaikan pangkat serta 112 pegawai diberikan pemangkuan, perubahan pemangkuan dan penempatan semula yang melibatkan kalangan pegawai kanan dan pengurusan tertinggi daripada pelbagai skim perkhidmatan dan Kementerian.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah berkata, kenaikan pangkat dan pemangkuan tersebut merupakan bentuk pengiktirafan dan penghargaan kerajaan atas khidmat bakti, prestasi dan komitmen yang dicurahkan sepanjang berkhidmat.

Manakala untuk penempatan semula pegawai adalah untuk menyegar semul aamanah dan tanggungjawab baharu.

"Semua penerima hendaklah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan berintegriti bagi memastikan kelangsungan kecemerlangan perkhidmatan awam.

"Semua Ketua Jabatan serta pegawai kanan anggota perkhidmatan awam dapat memainkan peranan memperkasa formula baru, merangka dasar yang berevolusi mengikut keperluan semasa dan menyokong dasar-dasar kerajaan bagi meningkatkan imej perkhidmatan awam yang bersifat people centric atau berpaksikan rakyat," katanya pada Majlis Perjumpaan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Bersama-Sama Pegawai Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 2022 yang berlangsung di Auditorium, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

(KPPA, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah menyampaikan Amanat di Majlis Perjumpaan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam di Putrajaya)

Katanya, ia selaras seperti mana yang dikehendaki oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam semangat Keluarga Malaysia.

"Oleh itu, perkhidmatan awam harus bertindak sebagai pemudah cara kepada kumpulan sasar bagi Kementerian,Jabatan dan Agensi," katanya lagi.

Beliau turut menekankan agar anggota perkhidmatan awam lebih peka dan dinamik dalam mendepani pelbagai cabaran sedia ada, termasuklah keperluan penyampaian perkhidmatan awam yang didorong oleh kreativiti dan inovasi.

Datuk Zainal Azman Abu Seman menerima surat lantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) berkuat kuasa hari ini.

Selain itu, di antara penerima kenaikan pangkat kali ini ialah;- Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Wira Dr. Noor Zairi Hamat; Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) , Datuk Seri Dr. Yusof Ismail; Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Ravi a/l Muthayah, dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Media Baharu