fb fb fb fb fb

13 kertas siasatan dibuka sepanjang kempen PRU Johor

JOHOR BAHRU, 2 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negeri ini membuka 13 kertas siasatan sepanjang kempen Pilihanraya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor ke-15, sejak Sabtu lalu hingga semalam.

Jurucakap media PRU Dewan Negeri Johor, IPK Johor, Supt Ibrahim Mat Som berkata sebanyak 369 permit telah diluluskan di seluruh Johor.

Katanya, untuk semalam sahaja, pihaknya telah meluluskan 81 permit dan membuka empat kertas siasatan.

“PDRM Johor menasihatkan supaya semua parti serta kumpulan penyokong sentiasa mengikuti segala prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 dan peruntukkan undang-undang yang telah ditetapkan dalam tempoh berkempen.

“Semua parti juga serta kumpulan penyokong dinasihatkan agar memastikan kempen yang dijalankan tidak mengganggu atau menghalang laluan lorong orang ramai dan laluan pengguna jalan raya serta menghormati antara satu sama lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes-kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan / Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Media Baharu