12 kedai musnah dalam kebakaran di Muar

Deretan kedai musnah dalam kebakaran di Taman Sri Emas, Muar, Johor

MUAR, 17 Jun – Sebanyak 12 unit deretan kedai jenis separuh kekal di Taman Sri Emas, Muar, Johor, musnah dalam kebakaran malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kebakaran melibatkan kira-kira 80 peratus struktur bangunan tersebut.
  • JBPM menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.53 petang; kebakaran dipadamkan sepenuhnya pada 10.42 malam.
  • Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
  • Operasi melibatkan 25 anggota BBP Muar, dibantu BBP Pagoh dan Bukit Gambir.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor memaklumkan, kebakaran melibatkan kira-kira 80 peratus struktur bangunan tersebut.

JBPM Negeri Johor menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.53 petang dan kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 10.42 malam.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Operasi melibatkan 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar dan dibantu BBP Pagoh serta Bukit Gambir.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.