11 individu dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman baharu

11 individu dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman yang baharu

PUTRAJAYA, 6 Februari Bekas Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Datuk Zamri Bakar mendahului senarai 11 individu dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman yang baharu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Senarai 11 individu dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman baharu termasuk bekas pegawai kanan mahkamah dan peguam terkemuka.
  • Antara yang dilantik ialah Datuk Zamri Bakar dan Datuk Seri K. Raja Segaran, masing-masing berpengalaman luas dalam perundangan.
  • Watikah perlantikan disempurnakan oleh Ketua Hakim Negara di Istana Kehakiman, Putrajaya.

Beliau sebelum ini pernah memegang pelbagai jawatan termasuk Hakim Mahkamah Sesyen beberapa negeri dan Pengarah Mahkamah Negeri Pulau Pinang.

Selain itu, bekas Peguam Kanan yang juga bekas Penasihat Khas dan Perunding Undang-Undang, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri K. Raja Segaran, turut dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman.

Turut dilantik, bekas Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Nixon Kennedy Kumbong , Pengarah Mahkamah Negeri Johor, Rihaida Rafie,
Pendaftar Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak, Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad dan bekas Presiden Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah, Asmadi Hussin.

Turut menganggotai badan kehakiman, bekas peguam yang juga pernah berjawatan sebagai penasihat undang-undang beberapa kementerian, Zalita Zaidan.

Sementara itu, peguam-peguam Mohamad Redzuan Idrus, Alvin Leong Yin Yuan dan Clive Jublee serta bekas Hakim Mahkamah Sesyen, Azhar Mokhtar turut dilantik.

Watikah perlantikan itu disempurnakan Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh di di Istana Kehakiman, Putrajaya.