fb fb fb fb fb

10,122 produk kosmetik bernilai RM324,200 dirampas 

(Tiga premis di Kulim diserbu termasuk dua stor haram dan satu premis perniagaan/FOTO KKM)

KULIM, 9 Mac - Jabatan Kesihatan Negeri Kedah melalui Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) telah merampas sebanyak 10, 122 botol pelbagai jenis produk farmaseutikal yang tidak berdaftar dan dicemari racun berjadual bernilai RM324, 200.00 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 7 Mac lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Othman Warijo berkata kesemua produk berkenaan dirampas menerusi serbuan Ops Putera ke atas tiga premis iaitu dua stor haram dan satu premis perniagaan.

Menurutnya, daripada produk berkenaan pihaknya turut merampas sebanyak 882 kotak produk kosmetik yang tidak bernotifikasi dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan 4,779 botol produk dicemari racun berjadual dan satu (1) peranti digital.

(10,122 produk kosmetik dirampas Jabatan Kesihatan Negeri Kedah/FOTO KKM)

“Siasatan awal mendapati produk tidak berdaftar tersebut dijual secara berleluasa dalam talian di platform e-dagang Malaysia. 

“Oleh itu, orang ramai dinasihati agar sentiasa berhati-hati semasa membeli apa-apa produk kesihatan dan kosmetik yang dijual secara dalam talian.

“Serta pastikan produk-produk kesihatan dan kosmetik yang dibeli di pasaran sentiasa mematuhi keperluan undang-undang yang dikuatkuasakan,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Othman Warijo berkata siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952.

“Jika disabitkan bersalah di bawah Akta Racun 1952, pihak berkenaan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Orang ramai juga boleh menyemak kesahihan nombor pendaftaranproduk dan notifikasi kosmetik dengan melayari https://www.npra.gov.my Atau dengan menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400.

Media Baharu