fb fb fb fb fb

10,000 kakitangan TNB ditugaskan jamin kestabilan bekalan elektrik ketika Aidilfitri

Foto hiasan/ Foto RTM

KUALA LUMPUR, 7 April- 10,000 kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di 11 Negeri, akan bertugas untuk menjamin kestabilan bekalan elektrik semasa sambutan Aidilfitri ini.

Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata, pemantauan akan turut ditingkatkan dalam tempoh 72 jam sebelum 1 Syawal.

Tempoh tersebut adalah kritikal berikutan orang ramai rancak membuat persiapan terutama pada malam Aidilfitri.

Walaupun, ia merupakan tugasan harian, beliau yakin, warga kerja TNB akan memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna di seluruh negara.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD